SIAPA PEMEGANG KATA MAAF?
Sejak
timbulnya isu kerjasama antara UMNO dengan Pas, terdapat pihak tertentu
dalam parti Islam itu yang dilihat "terlebih lajak daripada laju" dalam
memberi pandangan dan seolah-olah "sudah geli" serta tidak sabar benar
mahu menjadikan hubungan itu sebagai realiti.

Sekiranya
generasi pemimpin dan ahli UMNO hari ini mahu merapatkan persaudaraan
Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau?
tanya beliau.
Belum
pun Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya bercakap bagi pihak UMNO
meminta maaf atau menunjukkan hasrat berbuat demikian, sudah terdapat
pemimpin Pas sendiri yang terlebih dahulu menawarkan kemaafan itu.
Wahhh... baiknya hati mereka!!
Teringin
benar nampaknya mereka untuk berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengan
UMNO yang sedang dipimpin oleh Pahlawan Bugis yang dengan bangga pernah
mengaku kemasukan wang sejumlah RM2,600 juta ke dalam akaun
peribadinya.
Tetapi,
sebelum lebih banyak kata maaf ditawarkan, sekali lagi disebut,
walaupun UMNO dan Najib belum meminta sebarang kemaafan, eloklah
diteliti dan diperhalusi dahulu tulisan Naib Presiden Pas, Iskandar A.
Samad yang dipetik daripada laman Facebooknya.
Berikut adalah tulisannya itu:-
Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO?
Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.
Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan UMNO itu sendiri.
Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.
Siapakah mereka? Ramai sekali.
Bekas tahanan-tahanan ISA.
Mangsa peristiwa Memali.
Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.
Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.
Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.
Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.
Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.
Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong pembangkang.
Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.
Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli UMNO.
Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.
Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO. (SH 24/12/2015).
Shahbudin Husin
No comments:
Post a Comment