TERKINI :

Tuesday, December 1, 2015

PAS dan PKR sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru

ULASAN GB

http://3.bp.blogspot.com/-RE85BA6TnjA/VhUyAqvKjqI/AAAAAAACNNg/ueZil7WzX40/s1600/pakatan-harapan_600_1.jpg 

Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan.

Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan.

Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan..

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya dan itu permulaaan kepada fenommena calon-calon PAS akan hilangt deposit di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.

BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Perjuangan sebenar PRU nanti ialah diantara BN da PH. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan dan/atau masih takut dengan PAS. PAS? Tinggal dia bersendirian atau suruh dia masuk UMNO BN!

1 comment:

Gbap Halban said...

Ulasan gb tak boleh pakai sbb ulasan gb berat sebelah umno dan pan aka parti ahli nyanyuk.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...