TERKINI :

Thursday, December 17, 2015

Najib, Hadi di Multaqa, M'kini dihalang buat liputan

Hari ini, mereka dilarang daripada menghadiri program Multaqa Serantau Alumni Al-azhar Malaysia 2015 yang bakal menyaksikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptamanya.

Manakala program ini akan di rasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 2.30 petang ini.

Program tiga hari ini yang bermula semalam itu adalah anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (Rabitah) dengan kerajasama Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Malaysiakini hari ini dimaklumkan bahawa mereka tidak dialu-alukan menghadiri multaqa itu dan membuat sebarang liputan.

"Malaysiakini tidak dibenarkan masuk. Ini merupakan arahan pihak penganjur.

"Sepanjang tiga hari program ini Malaysiakini tidak dibenarkan masuk," kata seorang pegawai yang bertugas kepada Malaysiakini.

Disoal sama ada larangan berkenaan hanya ke atas portal berita bebas dan berkecuali itu sahaja, pegawai tersebut bekata ada beberapa lagi yang juga diharamkan tetapi enggan mengulas lanjut sebabnya.

Program yang berlangsung selama tiga hari dan akan berakhir esok itu menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir.

Minggu lalu, Malaysiakini turut dihalang daripada membuat liputan Perhimpunan Agung Umno ke-69 di Pusat dagangan Dunia Putra.

Arahan berkenaan bagaiamanpun kemudiannya ditarik semula.

Ini adalah kali pertama Malaysiakini dihalang daripada membuat liputan mengenai persidangan serantau yang tidak membabitkan parti politik.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...