TERKINI :

Wednesday, December 16, 2015

Naik taraf kota Darul Ehsan: Jawapan Azmin dipertikai

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan jawapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali berhubung projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menjelaskan, jawapan Azmin bahawa keputusan itu diluluskan Dewan Negeri Selangor dan tidak boleh dipersoalkan sebagai tidak boleh diterima.

Ini kerana, katanya, projek itu membazir wang rakyat kerana ia melibatkan kos yang tinggi hanya untuk kerja-kerja mengecat.

Chegubard berkata, jika jawapan itu diambil kira, bermakna pembangkang juga tidak boleh mempersoalkan GST kerana cukai itu diluluskan Dewan Rakyat.

“Bila ditanya media, Azmin hanya menjawab projek tersebut tidak boleh dipertikai kerana telah diluluskan melalui sidang Dewan Negeri Selangor.

“Soal GST (contohnya) diluluskan dalam dewan (Dewan Rakyat) juga, adakah Azmin ingin mengatakan ia tidak wajar ditentang walaupun berpotensi melahirkan diktator hanya kerana diluluskan melalui Dewan?,” soalnya yang juga ahli seumur hidup PKR.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...