TERKINI :

Friday, December 18, 2015

MyWatch: Pusat maksiat hanya 300 meter dari IPK KL

R-Sanjeevan,spa
PETALING JAYA: Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) mendakwa sebuah spa di ibu negara telah menjalankan aktiviti maksiat dengan berselindung atas nama pusat urut.

Pengerusinya, Datuk R. Sri Sanjeevan menyatakan, premis tersebut telah menjalankan aktiviti pelacuran, jual beli dadah dan tempat berkumpul ahli-ahli kongsi gelap tetapi tidak diserbu pihak berkuasa.

“Pusat maksiat yang diberi nama Saboon Spa ini beroperasi sejak sekian lama tanpa pernah diserbu oleh pihak berkuasa. Pemiliknya adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Leng Chai (Lelaki Tampan).

“Berselindung di sebalik nama pusat urut, premis ini turut menyajikan aktiviti pelacuran, jual beli dadah, dan tempat berkumpulnya para kongsi gelap yang ada diantaranya sedang diburu pihak polis,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Jelasnya lagi, beliau hairan pusat maksiat terbesar di ibu negara itu masih beroperasi sedangkan jaraknya dengan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur lebih kurang 300 meter sahaja.

“Dengan jarak yang sebegini hampir, adalah sesuatu yang menghairankan jika kewujudannya sebagai pusat maksiat tidak diketahui oleh pihak polis.

“Apa gunanya PDRM mewujudkan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) jika tidak mampu menggempur pusat maksiat seperti ini,” tegasnya.

Sanjeevan turut mendedahkan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM198 untuk 2 jam dan dalam waktu itu pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan spa dan sauna sambil ditemani oleh gadis-gadis pelayan.

“Gadis-gadis tersebut boleh dibawa ke bilik hotel untuk memuaskan nafsu dengan sejumlah bayaran lain yang ditetapkan,” dakwa beliau lagi.

Pada masa sama, MyWatch menyatakan pihaknya sedia untuk mendedahkan rakan kongsi senyap dalam pengoperasian pusat maksiat ini.

“Pendedahan MyWatch seterusnya adalah mengenai orang-orang kenamaan (VIP) yang terlibat sebagai “sleeping partner” di dalam pengoperasian pusat maksiat ini.

“MyWatch bersedia mendedahkan identiti pemilik pusat maksiat ini tetapi adakah STAGG berani menunjukkan kuku dan taring mereka untuk menangkap Leng Chai di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA)?” soalnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...