TERKINI :

Tuesday, December 8, 2015

Mustafa Ali, Harakah Daily minta maaf kepada Tok Pa

mustapha-mohamed-harakah
KUALA LUMPUR: Pas dan Harakah Daily memohon maaf kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung penyiaran artikel yang menuduh beliau seorang pemimpin korup.

Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguam Sharifah Nur Asmaa Syed Azman yang mewakili Datuk Mustafa Ali, Harakah Daily dan editornya, Zulkifli Sulong dan Azmi Yusof di hadapan Hakim Nor Bee Ariffin.

Dalam permohonan maaf itu, kesemua defendan mengakui mereka tidak mempunyai niat buruk terhadap Mustapa.

“Dan mengakui perkataan yang digunakan dalam artikel bertajuk Lahad Datu: Menteri Sepatutnya Letak Jawatan’ yang memetik kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam ceramah politiknya telah mencemarkan nama Mustapa sebagai menteri.”.

Mahkamah mengarahkan kesemua defendan membayar kos guaman RM20,000.

Bagaimanapun, Mustapa meneruskan saman terhadap Husam dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 Januari, kata peguam Mustapa, Lew Cho Kang.

Mustapa mendakwa perkataan yang digunakan Husam seolah-olah menunjukkan beliau menggunakan jawatan menteri untuk kepentingan peribadi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...