TERKINI :

Thursday, December 17, 2015

Mufti Perak mengaku dijemput dalam perbincangan penyatuan Umno-Pas

KUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui dijemput untuk berbincang dan mencari kerjasama terbaik yang boleh dilakukan UMNO dan PAS.

Jelas Harussani, antara pemimpin yang pernah berbincang berkenaan perkara tersebut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sekarang ini saya lihat, apa yang diucapkan Perdana Menteri (Najib Razak), Abdul Hadi kepada saya bahawa kedua-duanya menuju ke arah untuk bersatu.

"Walaupun mereka tidak mungkin bersatu dari segi parti, tapi bersatu dengan satu tujuan, bersatu dalam arah mencari perpaduan ummah. Mudah-mudahan ini akan berjaya. 

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir...minta saya supaya cari jalan, supaya dapat kita satukan (UMNO dan PAS).

"Alhamdulillah, saya telah temui orang-orang ini dan semuanya telah setuju untuk dapat kita bersatu padu," kata Harussani selepas menyampaikan ucapan selaku panelis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...