TERKINI :

Friday, December 18, 2015

Mufti Kedah : Saya sokong Umno, Pas bertaut semula

Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad

KUALA LUMPUR - Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menzahirkan sokongan penuh sekiranya Pas dan Umno ingin menjalinkan kerjasama politik yang lebih serius.

Menurutnya, dengan kerjasama itu, perpaduan umat Islam di negara ini akan lebih erat berbanding suasana ketika ini.

"ALLAHUAKBAR, saya selaku Mufti Kedah amat menyokong sebab inilah kita harap supaya perpaduan kita sesama umat Islam lebih erat.

"Kita umat Islam di Malaysia bangsa Melayu walaupun kita hidup dengan masyarakat majmuk tetapi orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan oleh dua buah parti ini (Pas-Umno)  sahaja wakili Melayu Islam.

"Oleh itu, kalau bolehlah pucuk pimpinan dua parti ini bertaut semula saya selaku mufti amat menyokong menjunjung sikap ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Seasons, di sini, hari ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan parti itu demi perpaduan ummah.

Alumni Al-Azhar juga turut bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin turut memberi cadangan bagi merintis ‎perjalanan tersebut.

"Sebagai contoh, misalnya dalam  rumah tangga  ‎kita jangan hanya cari kesalahan orang.

"Nabi ajar kesalahan kita maafkan, doa bagi hidayah kalau kita cari kesalahan orang sampai bila tak selesai masalah," katanya.

‎Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pendirian Pas yang tidak mahu jatuh ke dalam lubang yang sama kerana pernah 'terkena' suatu ketika dahulu, Muhamad Baderudin berharap, Pas dapat berjiwa besar untuk melupakan peristiwa itu.‎

"Harap kita boleh duduk semeja berfikir tenang, jangan pakai emosi.

"Bagi saya , perpecahan dalam parti ini lebih mendatangkan mudarat kepada kemaslahatan ummah," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...