TERKINI :

Tuesday, December 29, 2015

Menteri: Tanah TRX Tabung Haji tak dijual kerana bernilai tinggi


Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai tinggi untuk dijual, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini kerana Tabung Haji membeli tanah itu pada harga terendah yang ditawarkan dan ia dilihat mempunyai peningkatan nilai yang tinggi dan berterusan dari segi harga hartanah dan sewaan.

"Tanah di TRX bernilai tinggi dari segi potensi pembangunan bersepadu, lokasi yang strategik dan pulangan pelaburan yang baik.

“Pembelian tanah ini juga memenuhi keperluan syariah, selera risiko serta pontensi unjuran yang positif kepada Kumpulan Tabung Haji pada masa hadapan," kata Jamil Khir dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini.

Beliau memberi contoh berita yang melaporkan bahawa Tabung Haji memperoleh tanah seluas 1.56 ekar pada harga hanya RM2,773 bagi setiap kaki persegi, berbanding dengan pihak lain yang membayar antara RM3,000 dan RM4,500 vagi setiap kaki persegi tanah itu.

Justeru, kata Jamil Khir unjuran keuntungan dianggarkan RM177.5 juta.

Beliau menjawab soalan parlimen bertulis daripada Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang memintanya menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan penjualan plot tanah di TRX yang dibeli Tabung Haji daripada syarikat pelaburan negara 1MDB yang mengalami masalah sarat hutang.

Jawapan itu diberikan pada hari terakhir rsidangan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.

Pada Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tabung menasihatkan Tabung Haji supaya menjual tanah di TRX itu berikutan bidasan pelbagai pihak yang mendakwa ia sebagai usaha menyelamat 1MDB..

Kebanyakan bantahan awam adalah berhubung harga yang dibayar oleh Tabung Haji berbanding dengan harga pembelian tanah itu oleh 1MDB daripada kerajaan pada hanya RM64 setiap kaki persegi pada tahun 2011.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...