TERKINI :

Tuesday, December 1, 2015

MENTERI maklumkan bahawa PLUS boleh penaik kadar TOL 5% tahun hadapan


KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) Malaysia Bhd boleh menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus di semua lebuhraya laluannya mulai tahun 2016.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, syarikat itu juga berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan Plus yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan Plus Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015.

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kenaikan kadar tol lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).

Ahmad Fauzi bertanya mengenai kenaikan kadar tol di lebuh raya Plus.

Menerusi sesi soal jawab lisan, Rosnah juga berkata Plus hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.

"Hasil kutipan Plus bagi tempoh tahun 2014 adalah sebanyak RM2.61 bilion dengan dengan melibatkan jumlah bilangan trafik tahunan 506 juta kenderaan.

"Bagi setiap ringgit hasil kutipan yang diterima digunakan untuk membayar faedah faedah pinjaman, dan naik taraf seperti membina persimpangan bertingkat, " katanya menjawab soalan Datuk Idris Jusi (PKR-Batu Pahat).

Idris menerusi soalan tambahan memohon penjelasan menteri mengenai keresahan rakyat berhubung kenaikan kadar tol pada tahun depan.

Menurut Rosnah, kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat dan telah membuat pelbagai inisiatif untuj meringankan beban itu.

"Antaranya termasujt penyelerasan kadar tol yg dibuat lepas 8 tahun ditangguh.

"Selain itu kerajaan juga laksanakan penutup awal dan pemansuhan di beberapa plaza tol. Tindakan lain termasuk tiada kenaikan dibuat untuk Jambatan kedua Pulau Pinang, " katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...