TERKINI :

Tuesday, December 1, 2015

Melayu akan hina Umno jika setia demi kepentingan diri, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat budaya setia kepada pemimpin demi kepentingan peribadi akan menyebabkan Umno hilang kesenangan hari ini pada masa akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 November, 2015.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat budaya setia kepada pemimpin demi kepentingan peribadi akan menyebabkan Umno hilang kesenangan hari ini pada masa akan datang.

Seruan itu dibuat pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam satu surat terbuka menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 8 sehingga 12 Disember akan datang.

"Wahai ahli dan pemimpin Umno di akar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini.

"Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan Umno. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan kerajaan parti lawan akan bertindak ke atas kesalahan mereka semasa memerintah," tulisnya dalam blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr Mahathir, peringatan itu diberikan melalui blognya kerana kini tidak lagi boleh bercakap terus dengan ahli Umno dan orang ramai.

Beliau mengulangi dakwaan kini dihalang jentera kerajaan yang sekaligus membuktikan mereka sebenarnya takut dan bersalah terhadap orang ramai.

"Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli Umno dan orang awam.

"Jentera yang diguna yang terdiri daripada badan kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan sedang dilakukan," tulisnya.

Seruan Dr Mahathir ini berupaya menyemarakkan lagi protes terhadap Najib daripada akar umbi kerana sejak dua hari lepas beliau turut mengiktiraf sekumpulan ketua cawangan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Dr Mahathir berkata kumpulan itu bersuara mendesak Najib meletak jawatan selepas ketua bahagian kini "menjadi bisu". – 30 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/melayu-akan-hina-umno-jika-setia-demi-kepentingan-diri-kata-dr-mahathir#sthash.ArKDGEfa.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...