TERKINI :

Thursday, December 17, 2015

Marcote sedia kembali ke Kedah sekiranya ditawar semula tawaran


ALOR SETAR: Jurulatih kecergasan Kedah, Ramon Marcote Pequeno sedia kembali ke Malaysia musim depan sekiranya mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) termasuk skuad Helang Merah. 

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana pihak termasuk juara Liga Perdana 2015, Kedah. "Sekarang saya sedang bercuti dan pulang ke Sepanyol bersama keluarga. 

Saya akan pertimbang mana-mana tawaran untuk aksi musim depan," kata mengulas hala tujunya selepas kontraknya bersama Kedah tamat, baru-baru ini. Pequeno yang memulakan tugas sebagai jurulatih kecergasan untuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada 12 Disember tahun lalu ketika ditanya mengenai Kedah mengakui sangat teruja dengan sambutan penyokong pasukan itu, lebih-lebih selepas berjaya ke final Piala Malaysia. 

"Pada peringkat awal tiba di sini (Kedah) saya tak dapat bayangkan keadaannya, tetapi selepas Liga Perdana 2015 berjalan hampir setahun, saya dapati pasukan Kedah mula menunjukkan prestasi agak luar biasa. "Saya juga kagum apabila puluhan ribu penyokong setia Helang Merah sanggup datang dari segenap pelusuk negeri ke stadium pada setiap perlawanan sama ada di Alor Setar atau di luar Kedah untuk memberi sokongan...

Inilah kekuatan utama Kedah iaitu penyokongnya yang setia," katanya. Marcote mempunyai rekod menarik apabila pernah dilantik sebagai jurulatih kecergasan bersama Atletico Madrid di Liga Sepanyol, selain sumbangannya membantu Helang Merah layak beraksi pada aksi final Piala Malaysia ketika ketiadaan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106021

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...