TERKINI :

Friday, December 11, 2015

Mahfuz: PAU Umno cuma medan kukus pau

Kemeriahan majlis perasmian persidangan agung Umno (PAU) kali ini tidak seperti dulu dan ucapan dasar presidennya pula tidak menyatakan dengan jelas hala tuju perjuangannya, kata Datuk Mahfuz Omar.

“Kemeriahan majlis perasmian PAU kali ini hanya dapat dilihat pada warna merah yang menguasai persekitaran PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra).

“Tetapi tidak pada ucapan dasar presiden Umno,” kata anggota parlimen Pokok Sena itu, merujuk ucapan Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, Najib hanya menjadikan medan itu untuk mempertahankan diri daripada persoalan kewibawaan dan integritinya.

Najib bagaimanapun, kata Mahfuz, gagal menjawab segala isu yang berbangkit dan berkaitan dirinya seperti dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion dalam akaunnya.

Mahfuz juga menyindir “pahlawan Bugis” itu yang didakwa membangkitkan kebencian terhadap timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan mulut “ditampal” dalam PAU.

Beliau percaya pendekatan itu terpaksa dilakukan untuk memastikan hayat politiknya dapat bertahan.

“Persidangan agung Umno (PAU) menjadi medan kukus kuih pau,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...