TERKINI :

Monday, December 28, 2015

Krisis IS: Pas ada penawar terbaik

Dr Maszlee Malik
SHAH ALAM - Pas mempunyai penawar bagi mereka yang bersimpati dan terpengaruh dengan doktrin keganasan militan IS di negara ini.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, kemampuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan demokrasi merupakan sistem paling hampir dengan Islam perlu dihayati oleh mereka yang mula terpengaruh dengan IS.

“Umum mengetahui bahawa mereka yang cenderung dengan IS bermula dengan penolakan mereka terhadap demokrasi dan juga sistem perubahan seacara aman.

“Mereka sering mengemukakan hujah-hujah yang difahami secara literal dan bias di dalam menolak sistem demokrasi yang dianggap sebagai sistem kufur dan tidak Islamik. Malangnya hujah-hujah mereka itu dapat dipatahkan oleh Abdul Hadi di dalam karya-karya beliau, dan juga menerusi penglibatan beliau dan Pas secara langsung dengan sistem demokrasi yang ada di negara ini,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Maszlee, Abdul Hadi telah membuktikan bahawa pemahaman Islam berteraskan tauhid tiga (Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyan dan Tauhid Asma wa Sifat) boleh menerima demokrasi.

“Pas komited dengan prinsip tersebut. Bahkan gerakan-gerakan Islam yang mendukung Tauhid tiga ini tidak menjadikan mereka pengganas, sebaliknya banyak menyumbang ke arah perkara-perkara positif, keabadian sejagat, dan juga unsur-unsur kebajikan di dalam ruang demokrasi di dalam negara,” ujarnya.

Justeru itu, pihak berkuasa perlu bersikap inklusif dan profesional dalam menangani isu IS secara serius.

Kepakaran dan juga pengkhususan gerakan-gerakan Islam sederhana pro-demokrasi perlu diintegrasikan dengan usaha-usaha sedia ada.

“Kelebihan gerakan-gerakan tersebut ialah keupayaan mereka untuk mempengaruhi massa dan masyarakat sivil untuk menghayati Islam yang sederhana dan menghormati sistem yang ada.

“Usahlah kawan di sangka lawan, ia hanya akan menggadaikan usaha baik tersebut dan mensia-siakan tenaga dan bakat yang ada. Lebih malang lagi, penolakan terhadap usaha sama gerakan-gerakan Islam sederhana pro-demokrasi itu juga ditakuti akan membawa kepada kesan slippery slope (keterbabasan) yang membawa akhirnya kepada fenomena Islamophobia di dalam negara,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...