TERKINI :

Tuesday, December 8, 2015

Kita kalah kalau terus berbalah, kata Tian Chua

tian-hua,ph
PETALING JAYA: Parti-parti pembangkang perlu membentuk satu barisan yang utuh sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata pendirian parti untuk bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang merupakan usaha untuk mengamankan hubungan antara mereka dan mengepalai barisan pembangkang yang bersatu.

“Kita berusaha untuk berbincang dengan semua pihak secara terbuka dan tertutup, dan kami hargai sekiranya rakan-rakan boleh mengambil sikap yang lebih berdisplin,” kata beliau.

Diminta mengulas mengenai kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila PAS enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, Tian Chua berkata mengelakkan pertembungan seperti itu salah-satu dari kebimbangan PKR.

“Kita akan tetap kalah walaupun kita berjaya elakkan pertandingan tiga penjuru tetapi terus berbalah,” tegas beliau. “Di penghujung cerita, semua perlu kembali berunding. Rakyat akan meluat dan kita tidak akan memupuk hubungan yang sihat sekiranya parti-parti pembangkang masih mahu berbalah secara terbuka.”

Beliau menambah pendirian PKR jelas berhubung isu ini dan menyanggah dakwaan ada konflik dalaman antara kumpulan yang mahu bekerjasama dengan PAS dengan kumpulan yang menolak.

“Kami meminta orang-ramai supaya berhenti menuduh PKR tidak bersatu. Seperti yang disaksikan di kongres baru-baru ini, suara kami sepakat.”

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...