TERKINI :

Thursday, December 17, 2015

Kerjasama UMNO-PAS untuk BN peroleh dua pertiga majoriti

PERAK 15 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melihat langkah ‘salam perdamaian’ yang dihulur UMNO kepada PAS sebagai jalan terakhir Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal di tampuk kuasa.

Menyifatkan langkah itu sebagai terdesak, katanya, Kerajaan BN memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan PAS untuk meminda perlembagaan seterusnya memberi laluan kepada persempadanan semula dengan menambah kerusi demi kepentingan mereka.

Berucap pada ceramah Pakatan Harapan di Taiping semalam, beliau berkata, BN sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa walaupun terpaksa mengabaikan suara rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Perhimpunan Agung membuktikan UMNO melakukan penipuan, menakut-nakutkan, dan menyebarkan api perkauman dan kebencian untuk terus kekal memerintah tanpa mengendahkan krisis sosio-ekonomi,” katanya

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid mengakui BN dalam keadaan tertekan kerana tidak ada majoriti dua pertiga parlimen bagi mengubah sesuatu hal sesuka hati.

Justeru, Kit Siang menyeru rakyat supaya terus menyokong perjuangan bagi menumbangkan Kerajaan BN di bawah Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR.

“Cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bukanlah untuk menyelamatkan UMNO atau PAS, sebaliknya untuk menyelamatkan negara,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...