TERKINI :

Friday, December 4, 2015

Kenaikan tambang ERL, kerja gila – PPIM

Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tambang Express Rail Link (ERL) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini disifatkan sebagai kerja ‘gila’.

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden Pertubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kerana ia jelas membebankan pengguna, selain menyifatkan kenaikan itu tidak kena pada waktunya.

Jelasnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku pemberontakan sekali gus menyebabkan keadaan di luar jangkaan daripada rakyat susulan keputusan kerajaan itu.

“Ini masalah paling besar kerana tidak kena masa dan ia memang kerja gila. Masa kena betullah, harga pun kena betul. Ini naik sampai RM20, lebih dari 50 peratus. Kerja gila jangan buat.

“Kalau buat kerja gila, orang akan ambil tindakan sebab yang tertekan adalah pengguna. Pabila ini tak boleh, itu tak boleh, akhirnya pengguna akan meletup. Bila meletup, jadi macam-macam, hilang akal sebab duit tak ada,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Ekoran itu beliau menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perkara tersebut dan elak mengambil sebarang tindakan secara terburu-buru.

“Kerajaan kena tegas, sebarang kenaikan perlu dijelaskan, kalau nak naikkan harga tiket wayang ‘fine’ tapi ini benda benda yang kita perlu (pengguna perlu),” katanya,

Terdahulu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Kadar tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

FMT.

1 comment:

Gbap Halban said...

Kerja gila tak gila janji krajaan mashukkkk.undi be end lagi dlm pru14.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...