TERKINI :

Monday, December 21, 2015

Kedudukan Najib tidak selamat

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/12/Dzulkefly-Ahmad_najib_600.jpg
KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum tentu selamat walaupun mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.

Beliau mengulas laporan firma penyelidikan antarabangsa Financial Times (FT) Confidential Research yang mengatakan kedudukan Najib masih kukuh sehingga Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Laporan yang dipetik akhbar Utusan Malaysia itu menyatakan ia dibuktikan dengan sokongan padu yang diterima Najib dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu serta kegagalan Tun Mahathir untuk menjatuhkannya.

“Benar, Najib mengambil pelbagai tindakan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno,” katanya, merujuk pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Shafie Apdal dari Kabinet, serta penukaran pengerusi dan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) di tengah-tengah siasatan 1MDB.

Namun katanya lagi, kegagalan Najib menjawab persoalan yang menyelubungi pentadbirannya serta kegagalan menyelesaikan masalah rakyat seperti kenaikan kos sara hidup, akan menyebabkan beliau sentiasa menerima penentangan.

“Dan ia boleh datang dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi Umno sendiri,” kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.

Katanya lagi, selagi Najib tidak mengubah pendekatannya dalam pentadbiran negara, penentangan seumpama itu akan kian bertambah dan membawa kepada kejatuhannya.

“Najib terus mengambil tindakan yang merugikan negara demi menjaga kedudukan.

“(Dan) dua tahun adalah satu tempoh yang lama. Penentangan akan terus bertambah dan sampai satu saat, beliau akan jatuh sehabisnya,” katanya lagi.

Mutakhir ini, semakin banyak cawangan Umno yang menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti, termasuk lima cawangan bahagian Gombak pada 17 Desember lalu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...