TERKINI :

Monday, December 7, 2015

Kedah tempah tiket ke akhir Piala Malaysia

Piala Malaysia: Selangor, Kedah berentap di final
ALOR SETAR: Kedah semakin hampir mencipta sejarah membawa pulang kembali Piala Malaysia ke negeri itu apabila mara ke final selepas mengenepikan cabaran FELDA United di separuh akhir dengan agregat 4-3, sebentar tadi.

Kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman mengesahkan kemaraan Kedah selepas terikat 2-2 pada separuh akhir pertama di Selayang, Rabu lalu dengan kali terakhir skuad dari utara itu muncul juara pada 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2 di final.

Bagi FELDA United, keputusan itu meleburkan impian mereka untuk layak buat kali pertama ke pentas akhir piala paling berprestij itu.

FELDA United bagaimanapun terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-40 selepas pemain itu membuat larian solo sebelum merembat masuk gol pertama pelawat.

Kegembiraan anak didik Irfan Bakti tidak bertahan lama apabila Chidi Edeh menyamakan kedudukan empat minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Bersambung babak kedua, Kedah hanya memerlukan lima minit untuk berada di depan selepas sepakan percuma Sandro Da Silva pada minit ke-51 gagal diselamatkan penjaga gol, Faizal Harun.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...