TERKINI :

Tuesday, December 8, 2015

Kedah dapat suntikan semangat, Cheng Hoe sah pulang untuk final

Siapa akan mengendalikan Kedah pada aksi final Piala Malaysia? Ramon Marcote atau Tan Cheng Hoe?

Persoalan ini timbul selepas Cheng Hoe disahkan akan pulang ke tanahair untuk pertemuan menentang Selangor di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Cheng Hoe tidak bersama skuad Helang Merah sejak aksi suku akhir pertama bertemu PKNS FC 24 November lalu.

Bekas penolong jurulatih negara itu menyambung siri kursus pro kejurulatihan lanjutan Lesen A selama 20 hari di China.

Dijadual kembali ke Malaysia pertengahan Disember ini, Cheng Hoe bagaimanapun mendapat pelepasan untuk misi penting di Shah Alam.

"Pada saya, jika ketua jurulatih hadir maka dia akan menyambung tugasnya di atas padang nanti.

"Tugas penolong jurulatih lebih kurang dengan ketua kerana jika kedua-dua mereka ada, mereka akan memberi tenaga sama-sama"kata Kamal Idris selaku penolong pengurus Kedah.

Sejak ketiadaan Cheng Hoe, tugas pengendali utama dipangku Marcote yang juga jurulatih kecergasan skuad Hijau Kuning.

Pengendali dari Sepanyol ini berjaya melaksanakan tanggungjawabnya apabila membawa Kedah ke pentas final Piala Malaysia.

Lebih menarik, Marcote melakukannya dalam tempoh singkat sekaligus dicanang mampu menamatkan kemarau tujuh tahun Kedah untuk memenangi piala teragung itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...