TERKINI :

Friday, December 11, 2015

KDN, polis sedia bincang dakwaan Dr Mahathir disogok isu 1MDB

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa kini berbincang mengenai dakwaan sogokan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.
Kementerian Dalam Negeri dan polis sedia membincangkan dakwaan yang dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang Datuk Seri Najib Razak cuba "menyogok" beliau supaya tidak lagi membangkitkan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sama ada siasatan rasmi akan dijalankan akan tidak bergantung kepada kekuatan bukti yang ada.

"Itu hak pihak berkuasa dan saya akan membincangkan perkara itu dengan ketua polis negara, tetapi ia bergantung kepada berapa kuat bukti itu," kata Zahid, yang juga timbalan perdana menteri ketika bercakap kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Pada 9 Disember, Dr Mahathir mendakwa dalam blognya, Najib cuba menyogok beliau sebagai balasan untuk berdiam diri dalam hal 1MDB. – 11 Disember, 2015.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...