TERKINI :

Tuesday, December 29, 2015

Jika DAP menang 56 kerusi parlimen ...

Oleh sakmongkol AK47
 

Malas betul nak komen pasal PAU 2015. Apa nak jadi kepada parti itu, siapa peduli. Ianya sudah jadi parti Najib Tun Razak. Sudah sampai masanya orang Melayu sedar , UMNO bukan segalanya. Setakat ini, tidak ada orang yang boleh mengubah opinion saya mengenai kepimpinan Dato Najib.

Cakap macam mana pun, opinion saya mencukupi untuk saya, kecuali ada orang boleh memberi penghujjahan yang meyakinkan bahawa Najib seorang pemimpin baik. Dia bukan.

Saya sikitpun tidak percaya bila Presiden UMNO kata, memartabatkan Islam dekat dihatinya; atau dia keturunan pahlawan Bugis. Cakap mengenai kepahlawanan Bugis ini hanya sejak akhir2 ini sahaja. Di Pekan dahulu, Dato Najib tak pernah sebut pun hal keturunan Bugis ini. Dan saya percaya orang terkejut pahlawan Bugis takut untuk meneruskan sessi nothing to hide bila tahu Dr Mahathir hadhir atau takut untuk menerangkan perihal RM2.6 billion.

Realiti nya. dia seorang pemimpin yang lemah. Kalau hendak cakap mengenai hal ini, sampai kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik pulang petang pun tidak habis. 40 tahun pengalaman buat kerja serupa, tidak berguna. Pemotong rumput yang ada 40 tahun pengalaman pun boleh bercakap serupa tapi pengalaman nya ialah dalam hal ehwal memotong rumput.

Tidak ada orang yang ada sedikit inteligence dengan kuasa yang dia ada, tidak boleh lakukan apa yang Najib canangkan untuk negara ini. Jika Dato Najib boleh jadi PM, sesiapa sahaja yang ada kelayakan seperti saya sebut diatas boleh.

Najib miss satu important point; orang Melayu bukan hendak suruh dia jaga kebajikan dan masa depan kita. Najib tidak faham- orang Melayu bukan hendak suruh dia membapakan dan mengibukan kita sepanjang masa. Orang Melayu mahu bertanggung-jawab mengenai masa depan mereka sendiri. Dan ini memerlukan kemerdekaan minda bukan bergantung harap kepada orang seperti Najib atau pemimpin UMNO yang lain.

Yang orang Melayu mesti sedar ialah, masa depan kita, ialah tanggunjawab kita sendiri. Jika kita serahkan tanggungjawab kita pada orang yang tidak amanah, maka kiamat akan tiba. Bila sahabat tanya Rasul Allah bagaimana kiamat tiba bila amanah disia2kan- maka nabi menjawab sia2kan itu berlaku bila kita serah kuasa kepada bukan yang ahli dalam urusan nya.

Jelas kepada kita, kita tidak boleh amanahkan perbendaharaan kita kepada Najib. Dia tidak boleh menjawab mengapa lebih dari USD1 billion di benarkan dipindah kedalam akaun cina Jho Low. Dan dia tidak dapat jawab isiu RM2.6 billion dalam akaun peribadi nya. Mana baki RM2 bilion dari RM2.6 bilion tersebut? Ahmad Maslan, Sahrir Samad, Mas Ermiyatie, bekas pelakun presiden MCA, semua dapat wang. Meraka sekarang menjadi pembela kepada Najib.

Dalam Islam, kita diajar supaya menolak mereka yang berperangai mendua- double face character. depan kita kata jaga kebajikan agama, bangsa dan negara, tapi dibelakang kita, melakukan segala kerosakan.

Jangan cakap banyak hendak bersaing dibawah TPPA; hendak bersaing dengan bangsa Cina di Malaysia, orang Melayu UMNO sudah hilang akal. Bercakap depan penyokong dan dalam kumpulan sendiri tentulah menyeronokkan; semua orang boleh melakukan nya.

Tidak ada orang yang waras akan percaya ungkapan kata2 Presiden UMNO ketika ucapan penggulungan mengenai berlapang dada, berjiwa besar konon bersedia berkompromi untuk kepentingan parti.

Sebagai seorang yang pernah mengetahui pemikiran ketua bahagian UMNO Pekan ini dari dekat, berlapang dada dan berjiawa besar bermaksud, penentang mesti tunduk kepada nya. Walau apa pun keributan yang dilakukan, asal kedudukan nya jangan diganggu gugat, Najib sedia berlapang dada dan berjiwa besar.

Orang Melayu mesti kembali kepada prinsip2 pertama seperti yang disarankan oleh pemikir seperti Pendita Zaaba. Kita mesti cultivate diri sendiri, keluarga, masyarakat. barulah negara, agama dan bangsa jadi cermerlang. Merdekakan minda kita dari bergantung harap kepada orang tengah yang memperkudakan agama, bangsa dan negara untuk kepentingan kekal berkuasa dan mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang kita beri.

Objektif kita ialah bukan mempunyai seorang individu mengambil alih tanggungjawab menjaga masa depan kita; objektif kita ialah mengadakan perskitaran dan iklim dimana, kita sendiri menentukan masa depan kita. Orang Melayu bukan hendak Najib jaga masa depan mereka; orang Melayu mahu ambil alih tanggunjawab itu sendiri.

Kalau orang Melayu tidak sedar lagi, kita tak tahu nak cakap apa lagi dah; semua lapisan masyrakat dari Raja Melayu kepada rakyat biasa, kondem Najib dan kepimpinan nya. Kalau presiden UMNO bercakap hanya kepada audiens UMNO, kita tidak ambil perhatian sangat. Tapi bila apa2 kenyataan dan pengistiharan yang UMNO buat melibatkan orang Melayu secara keseluruhan , maka kita kena komen. terutama bila orang Melayu ditipu dan dibohongi. Pendirian kita ialah sementara kita akui UMNO mewakili sebahagian suara orang Melayu, ia tidak mewakili keseluruhan.

Sejarah menunjukkan bangsa Melayu bersatu bila ada ancaman dari luar; dalam tahun 1946, bangsa Melayu sedia bersatu sebab keutuhan bangsa Melayu diancam oleh idea MalayanUnion. Konsep MalayanUnion dilihat sebagai akan membawa bencana kepada semua Melayu. Mereka akan dianiayai dan dizalimi.

Jadi mereka bersatu. Mereka menyerahkan kepercayaan dan keyakinan kepda sebuah parti yang bernama UMNO. kepercayaan dan keyakinan itu, jika kita halusi, ialah suatu yang bersyarat. yakni perpaduan dan penyatuan berlaku, bila ada ancaman dari luar.

Tapi dalam keadaan sekarang, adakah ujud ancaman dari luar?

Saya tidak faham bagaimana pemimpin UMNO boleh bersikap munafik. Mereka kondem orang Cina itu dan ini; tapi rakan perniagaan mereka semua nya Cina. Parti2 berasaskan Cina dalam BN semua nya membisu dalam perkara ini. Sikap ini membuat masyarakat Cina tidak ada keyakinan kepada parti2 seperti MCA dan Gerakan.

Kenapa DAP mahu dijadikan bogeyman dan beg tumbukan? UMNO kalah dalam kawasan tertentu diganti dengan orang Melayu juga. DAP secara keseluruhan nya, menang dalam kawasan dengan menewaskan calun bangsa Cina. Bagaimana kepentingan orang Melayu UMNO terjejas?

UMNO kalah pada calun PAS dan PKR semua nya Melayu. maka janganlah single out DAP sebagai penyebab UMNO kalah. UMNO kalah sebab parti itu dilihat sebagai parti pemimpin yang rasuah, tidak pedulikan rayat, menjalankan dasar yang menguntungkan suatu kumpulan yang istimewa. Hak istimewa orang Melayu hari ini dilihat sebagai hak2 golongan istimewa.

Nasihat saya, berhentilah ahli UMNO yang rasional dibodohkan oleh pemimpin mereka.

Jika DAP menang 56 kerusi, bolehkah mereka menubuhkan kerajaan pusat? Ilmu hisab apa yang pemimpin UMNO gunakan? Semasa kecil dahulu, suruh mahir matematik, pemimpin UMNO malas.

Kita tahu game yang dimainkan oleh UMNO. Kerana mahu menutup kerosakan yang UMNO lakukan, parti yang sah seperti DAP dipersalahkan. Pemimpin UMNO, laki betina, tua dan muda, semua menjadikan DAP sebagai beg tumbukan. Mereka berbohong pada ahli UMNO dan kepada orang Melayu. Masaalah orang Melayu ialah disebabkan oleh pimpinan Melayu sendiri.

DAP bukan kerajaan persekutuan. DAP tidak ada kena mengena dengan dasar2 yang UMNO laksanakan.

bukan DAP yang menyebabkan ptanggungan 1MDB yang sudah menjangkau RM50billion; bukan DAP yang menerima derma RM2.6 billion; bukan nya DAP yang menyebabkan skendal RM250 juta NFC; bukan DAP yang menjalankan transaksi menjual tanah2 milik kerajaan pada harga yang sangat rendah kepada 1MDB. Hari ini DAP mempunyai 37 kerusi parlimen. Katalah maksima nya, DAP ada 56 kerusi parlimen. Bolehkah DAP membentuk kerajaan secara sendirian?

Jawab nya tidak boleh kecuali DAP bergabung dengan parti2 lain untuk membentuk kerajaan. Jumlah kerusi yang diperlukan ialah 112 kerusi. Pemimpin UMNO ingat ahli UMNO tidak tahu kira kah? Kemudian- DAP bertanding melawan calun Cina dari mca. Yang kehilangan kerusi ialah orang Cina.

Dalam kawasan melayu, DAP akan menawarkan calun Melayu dan jika menang, yang menang ialah MP Melayu. Dari segi jumlah, MP Melayu tetap serupa atau bertambah- hanya mereka bukan UMNO. Yang orang Melayu nak obsess sangat berkeras mahukan Melayu UMNO apa pasal? Saya sebagai MP dari DAP merasakan semangat membantu orang Melayu tidak kurang dari semangat MP UMNO.

Orang Melayu dalam UMNO mesti berlajar melihat gambaran yang lebih luas. Jika secara keseluruhan, jumlah MP dan ADUN majority nya ialah Melayu, itu sudah baik. Orang Melayu sepatutnya sudah lama berlajar berinterraksi dengan semua warga negara Malaysia.

Kepada saya, sebagai orang Melayu- kalau orang Melayu bertanding dalam mana2 kawasan dan menang, ianya bererti bertambah seorang MP berbangsa Melayu. ia tidak semesti nya Melayu dari UMNO. Kalau dari UMNO tapi dia rasis, rasuah, bongkak, kesemua itu tidak membawa keuntungan kepada orang Melayu.

UMNO jangan bongkak bersangkaaan hanya mereka ada monopoli keatas menjuarai kepentingan Melayu- semua orang Melayu mempunyai sentimen yang serupa tidak kira parti apa pun.

UMNO memberi kredit yang keterlaluan kepada DAP. Dap merupakan pilihan pertama masyarakat Cina kerana ia memberi keyakinan kepada masyarakat Cina dan masyarakat Cina bersedia memberi amanah kepada DAP.

UMNO sepatutnya membalun MCA yang gagal mendapatkan keyakinan dan kepercayaan masyaraat Cina. Saya masih ingat seorang menteri senior UMNO yang terkenal berani dan lantang, memberitahu saya bahawa dia lebih mempercayai DAP dari MCA yang sentiasa menikam UMNO dan orang Melayu dari belakang.

Bayangkan ini, jika DAP dengan 37 kerusi parlimen, mengalahkan semua 7 AP MCA, mengalahkan 2 Gerakan, DAP hanya ada 46 kerusi. Katalah ia boleh menang 10 lagi kerusi palimen, DAP hanya ada 56 kerusi.

Sampai bila2 pun, DAP tidak akan dapat membentuk kerajaan pusat kecuali bergabung dengan parti Melayu dan bukan Melayu yang progresif.

Sementara itu, ahli UMNO merdekakan minda anda dari pemasongan pemimpin yang hanya mahu mengekalkan kuasa.

- http://sakmongkol.blogspot.my

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...