TERKINI :

Monday, December 21, 2015

‘Jangan undi pemimpin cakap merepek’

Johari-Abdul-Ghani_undi_600
PETALING JAYA: Pengundi disaran supaya ‘mengajar’ pemimpin-pemimpin yang sentiasa memberi nasihat dan saranan yang merepek kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan ll, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, caranya adalah dengan tidak memberi undi kepada pemimpin-pemimpin terbabit.

“Kalau pemimpin yang yang selalu bagi saranan tak praktikal, caranya mudah jangan bagi undi,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Anak Muda G20 bersama pemimpin anjuran Biro IPTA/ IPTS UMNO Bahagian Cheras, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan hadirin ketika ditanya tentang kenyataan-kenyataan pemimpin tertentu yang didakwa tidak praktikal kepada rakyat.

Katanya, dengan cara itu sahaja, pemimpin itu akan ‘sedar diri’.

“Kalau kita bagi juga, ada yang tidak kenalah dengan kita,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...