TERKINI :

Sunday, December 20, 2015

Jangan berpadu satu kaum sahaja – Azmin

 zmin,malaysia
KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur UMNO dan PAS bahawa perpaduan dan permuafakatan untuk menyelamatkan Malaysia perlu melibatkan seluruh rakyat.

Beliau menjelaskan semua kaum dan anutan perlu digerakkan supaya memainkan peranan.

“Jangan ambil sosok kaum kerana ini tidak membantu pembangunan negara. Kita mahu perpaduan semua rakyat Malaysia, soal perpaduan ini jangan diambil pertimbangan sesuatu kaum sahaja.

“Sekiranya Malaysia ingin maju kita mahu semua rakyat Malaysia bersatu-padu untuk menyelamatkan negara dan ekonomi itu pendirian yang harus diambil oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita seusai Majlis Perasmian Agrofest 2015 peringkat negeri Selangor pada Sabtu.

Kenyataan Azmin itu sebagai respon terhadap kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Najib dalam ucapan perasmian majlis itu semalam sekali lagi mengajak PAS berpadu bersama UMNO, dengan mengambil sepotong ayat al-Quran sebagai rujukan untuk mewujudkan usaha ke arah penyatuan dua parti politik berkenaan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...