TERKINI :

Tuesday, December 29, 2015

Ikram sambut baik tindakan DAP tarik kenyataan


IkramSHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyambut baik tindakan pimpinan DAP Perak yang telah menarik balik kenyataan pimpinan mudanya yang membidas tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat Ikram, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, ia adalah usaha untuk memberi tekanan kepada Israel agar akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghentikan penjajahan, kepungan serta dasar aparteidnya ke atas rakyat Palestin.

Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin kesal kenyataannya mengenai sekatan terhadap dua atlet Israel daripada memasuki negara ini diputarbelitkan pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu, Zhemin memutuskan untuk menarik balik kenyataan yang dibuat semalam.

“Kami mengecam sebarang usaha normalisasi hubungan Malaysia-Israel dalam apa bentuk sekali pun sama ada dari sudut politik, ekonomi, akademik, sukan, kebudayaan dan sebagainya.

“Kami mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana hubungan dagang Malaysia-Israel sekiranya ada,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ikram dalam pada itu turut menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menyeru semua pihak yang cintakan keadilan dan keamanan untuk turut sama menyokong perjuangan mereka.

“Kami ucapkan tahniah kepada Khairy yang jelas melaksanakan tindakan berdasarkan polisi negara untuk tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

“Rakyat perlu sokong inisiatif 'Boycott, Divestment and Sanctions (BDS)' yang kini sedang hebat dikempenkan di seluruh dunia,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...