TERKINI :

Saturday, December 5, 2015

Husam simpati nasib Nurul Izzah

https://lh3.googleusercontent.com/aiOazx33lNswbSQ1OAKXbIhRA55dfCVMI_8rTAvHOlgwLvIlgte3vjzRjNlTzsExNinM9VLzmCHwdxkvdg=s800

KUALA KRAI - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikecam selepas bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III kerana statusnya sebagai anak pemimpin pembangkang.

Adun Salor, Datuk Husam Musa meluahkan rasa simpati ke atas nasib Nurul Izzah, yang juga dikaitkan dengan satu gerakan di Filipina dan menyifatkannya sebagai cara untuk menyusahkan serta menyakiti pembangkang.

“Katakan yang jumpa (Jacel) adalah anak Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak akan diserang. Walaupun Nurul Izzah tidak membuat kesalahan tetapi dia diserang,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan 10 rumah mangsa banjir Yayasan Darul Hijrah di Manjor, petang semalam.

Turut hadir, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah; Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman dan sukarelawan Yayasan Darul Hijrah.

Husam yang juga bekas naib presiden Pas berkata, perjumpaan Nurul Izzah dan Jacel bukanlah isu besar jika hendak dibandingkan dengan isu 1MDB.

Sementara itu pada sidang media sama, beliau memberitahu telah dipanggil Pas Pusat dan menyerahkan surat teguran untuk memperbaiki segala kelemahan dalam pentadbiran Pas.

Menurutnya, kelantangannya mengkritik Pas sebelum ini untuk memperbaiki segala kekurangan yang dianggap sebagai asas perjuangannya menyertai Pas.

“Saya tidak serang isu peribadi pemimpin Pas walaupun saya berpeluang,” katanya.

Beliau pada masa sama menjelaskan, teguran dibuat bukan untuk bergaduh dengan mana-mana pihak terutama kepimpinan Pas tetapi sebagai usaha membaiki kelemahan yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Pas.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...