TERKINI :

Wednesday, December 30, 2015

Henti tuding jari, perjanjian tetap perjanjian, Ku Li beritahu Putrajaya

Putrajaya perlu berhenti menyalahkan pentadbiran sebelumnya mengenai perjanjian konsesi berat sebelah dan sebaliknya mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah tersebut, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.
Putrajaya perlu berhenti menyalahkan pentadbiran sebelum ini mengenai perjanjian konsesi berat sebelah dan sebaliknya mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah itu, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, tidak ada gunanya masing-masing menuding jari kepada sesiapa kerana pentadbiran sekarang menerima mandat daripada rakyat untuk menyelesaikan semua masalah, termasuk perjanjian dan kontrak yang dibuat sebelumnya.

"Perjanjian tetap perjanjian. Tidak boleh salahkan siapa pun. Kalau perjanjian dibuat zaman Nabi Adam sekalipun kita kena tanggung.

"Kita tidak boleh hendak salahkan orang lain. Kita dipertanggungjawabkan untuk mengatasi masalah, kita mesti cuba atasi masalah itu tetapi kalau sudah ada dalam perjanjian maka terpaksa kita patuh kepada apa yang sudah diterima dan dipersetujui bersama," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui kontrak penswastaan ​​berat sebelah, namun meminta rakyat tidak menyalahkan kerajaan kerana perjanjian ditandatangani pentadbiran sebelum Datuk Seri Najib Razak.

Zahid mengakui kontrak lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan keretapi ERL adalah berat sebelah, namun tidak menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.

Zahid dipercayai merujuk kepada perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara Najib pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 12 Disember lalu berkata, kenaikan tinggi tambang ERL daripada RM35 kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997. – 29 Disember, 2015.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...