TERKINI :

Tuesday, December 8, 2015

Derma RM2.6bilion - SPRM sila jawab soalan-soalan ini..?

MANA RM2.6 BILION?


SPRM dikhabarkan sudah menemui "penderma" yang "menderma" RM2.6 bilion kepada Najib. Najib katakan RM2.6 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi dia atas kehendak "penderma".

Sekarang adalah tanggungjawab SPRM untuk mendedahkan :

a) siapa "penderma" tersebut,
b) apa tujuan derma tersebut,
c) kenapa penderma mahukan duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib,
d) ke mana perginya duit derma tersebut.
e) siapa yang medapat faedah daripada duit RM2.6 bilion tersebut?

SPRM tidak boleh hanya menyerahkan laporan siasatan kepada Peguam Negara. Perkara ini mesti didedahkan secara terbuka kepada Malaysia kerana ianya melibatkan Perdana Menteri Malaysia.

Najib juga kata bahawa semasa akaun tersebut dibuka, Bank Negara telah dimaklumkan. Bank Negara juga perlu sahkan perkara ini.

MANA RM2.6 BILION?

ZULHAZMI SHARIFF
0812015

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...