TERKINI :

Friday, December 11, 2015

DAP musuh utama Umno, bukan PAS, kata perwakilan Terengganu

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/UMNO_TMIAFIF_091215_07_.jpg
Ahli Umno perlu melihat DAP sebagai musuh utama mereka, bukannya PAS, kata perwakilan Terengganu Datuk Din Adam.

Berucap membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata saranan Najib supaya parti Melayu itu menjalin hubungan dengan PAS adalah satu langkah yang baik.

"Apa yang disuarakan presiden untuk kita bentuk kerjasama dengan PAS, adalah satu langkah yang baik.

"Jangan pandang PAS sebagai musuh utama kita, kita kena lihat musuh utama adalah DAP," katanya pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno ke-69 hari ini.

Menggunakan contoh Terengganu, beliau berkata, kebanyakan kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) ialah kawasan pendalaman.

"Kawasan bandar kita tak menang, menang 17 kerusi saja.

"Saya dengan ini rasa, perlu sangat usaha menggerakkan kerjasama dengan PAS, satu usaha murni," katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu akan memungkinkan pengundi yang menyokong PAS kembali kepada BN.

"Sebab PAS adalah orang seagama dan sebangsa. Tidak mustahil kalau sistem baik kita laksanakan di peringkat akar umbi, insya-Allah, di Terengganu orang yang sokong PAS itu akan kembali sokong BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyentuh berkenaan ahli Umno perlu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang. – 11 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-musuh-utama-umno-bukan-pas-kata-perwakilan-terengganu#sthash.0FLceka2.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...