TERKINI :

Sunday, December 20, 2015

DAP akan menjadi dominan dalam barisan pembangkang atau kerajaan jika BN tumbang PRU14 nanti

Zulkifli Abdullah


Di waktu UMNO menghala serangannya kepada PAS dalam tahun 90an dahulu, PAS menjadi semakin kuat. Lagi kuat serangan dilakukan, lagi kuat kepimpinan PAS. Berbondong-bondong golongan profesional menyertai PAS. Bahkan golongan artis turut menyertai PAS. 

Walaupun tidak bersama PAS, sokongan tetap diberikan. Malahan golongan bukan Islam juga tidak ragu-ragu memberi undi kepada PAS. Mereka amat menghormati golongan agamawan kerana sentiasa dapat dibawa berbincang dalam segala hal. Sehingga tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS. Itulah hebatnya PAS ketika itu.

Kini, di ketika UMNO kuat memuji PAS, makin ramai dilihat meninggalkan PAS. PAS kelihatan layu dek belaian UMNO. PAS kelihatan begitu nyenyak tidur di atasa ribaan UMNO sambil bermimpi yang indah-indah. PAS dilihat lemah sekarang. Kerajaan Kelantan yang 20 tahun lebih dipertahankan oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pun sudah mulai nampak tanda-tanda akan tumbang.

Sekarang muncung senapang UMNO dihalakan pula kepada DAP. Sehingga Perhimpunan Umno kali ini pun, begitu galak menyerang DAP. Akibatnya, DAP sekarang menjadi bertambah kuat. DAP yang dulunya dianggap parti chauvinis kini mula bergerak ke dalam mainstream. 

Semakin ramai profesional melayu terutama golongan muda yang menyertai DAP. Para pelajar melayu pun sudah ramai yang berjinak-jinak dengan DAP. Malahan cawangan DAP di kawasan melayu sudah mula tumbuh satu demi satu terutamanya di kawasan Pulau Pinang. DAP dilihat sebagai wadah baru dalam perjuangan rakyat. 

Tidak mustahil jika keadaan ini berterusan, DAP akan menjadi parti dominan dalam barisan pembangkang dan akan dominan dalam kerajaan jika BN tumbang dalam PRU akan datang.

SUMBER - KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...