TERKINI :

Wednesday, December 30, 2015

Countdown selesai hutang 1MDB hampir luput

najib_1mdb_600
PETALING JAYA: Jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu kontroversi syarikat pelaburan staregi kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang hujung tahun ini akan berakhir dalam masa dua hari lagi.

Najib memberi jaminan hutang 1MDB sebanyak RM42 billion akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan pada bulan 22 Ogos yang lalu.

“Sebelum ini kita bagi masa enam bulan untuk selesaikan hutang tersebut, sekarang hanya tinggal lima bulan lagi. Saya yakin menjelang hujung tahun ini segala hutang 1MDB akan selesai,” katanya ketika itu.

Najib sekali lagi memberi jaminan yang sama ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 8 Disember.


Justeru, keputusan tempoh yang akan tamat pada 31 Disember bukan sahaja turut dinanti-nantikan ahli UMNO, malah jutaan rakyat Malaysia yang masih berteka-teki tentang hutang syarikat 1MDB.

Apapun, situasi sekarang menggambarkan seolah-olah isu tersebut sukar diselesaikan memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih melakukan siasatan berhubung kes tesebut.

Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin juga berkata, Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini.

Najib sebelum ini telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International pada awal Disember.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...