TERKINI :

Tuesday, December 8, 2015

Budaya 'cash is king' harus dielak - Muhyiddin


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa budaya 'cash is king' harus dielakkan dalam mentadbir kerajaan.

Jika tidak, tegasnya, ia akan menyebabkan hilang akal dan kewarasan.

Sebelum itu Muhyiddin melalui Facebooknya meminta rakyat memberikan pandangan mengenai topik yang bakal beliau ucapkan jika dibenarkan berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata demikian setelah mengambil pandangan rakyat dalam laman sosialnya.

"Saya menerima lebih 22 ribu komen dan antara perkara yang paling penting adalah atasi budaya 'cash is king' jika dibenarkan berucap. Disebabkan wang pemimpin akan hilang akal dan kewarasan.

"Jika mereka mengambil habuan, ramai yang akan berdiam diri tidak berani bersuara, bimbang habuan akan ditarik semula," katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Muhyiddin yang lengkap berbaju merah, bersampin Umno berkata, ekonomi negara juga harus diurus dengan lebih baik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup. Ada keluhan masing-masing mengenai bil elektrik, sewa rumah. Mungkin ada yang tidak kerja tetap dan berpendapatan rendah," katanya.

Mengulas lanjut, ahli Parlimen Pagoh itu menggesa agar Najib tidak lagi menegakkan benang yang basah sekiranya beliau punca kepada permasalahan rakyat.

"Najib tidak pernah mengaku salah, meminta maaf. Saya minta maaf, jangan tegakkan benang yang basah lagi" katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...