TERKINI :

Friday, December 4, 2015

Bola sepak kita tak maju kerana FAM guna kaedah ‘zaman gua’

Lim-Teong-Kim-,fam
KUALA LUMPUR: Mutu permainan bola sepak tempatan tidak akan berkembang sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengunakan keadah ‘zaman gua’.

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim berkata, FAM juga dilihat tidak ada kesungguhan untuk membuat perubahan dalam pembangunan sukan paling diminati itu.

“Pelbagai generasi jurulatih pernah bermain untuk negara dan ada yang masih berkhidmat dengan negara sekarang. Tanya mereka bagaimana cara latihan dulu dan sekarang adakah sama?

“Sebab itu saya katakan (kalau guna kaedah lama) sukan kita tidak ke mana. Masih ‘zaman gua’ dan bagaimana sukan bola sepak kita nak naik,” katanya semasa sidang media sempena Kejohanan Piala SuperMokh 2015 di Bukit Jalil pada Khamis.

Mengulas lanjut, dia berkata masalah tidak adanya program pembangunan bukanlah perkara baharu tetapi cadangan itu tidak pernah dipandang serius oleh FAM.

“Benda ini bukan baru (tidak ada program pembangunan bola sepak) FAM tahu dan dah lama tahu.

“FAM tahu tetapi tidak ada semangat nak buat. Itu yang saya boleh beritahu, mereka tak peduli dan tak semangat,” katanya

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya FAM dan dan jurulatih mencari pendekatan yang baharu dengan melaksanakan program pembangunan di setiap negeri.

“….Bola sepak bukan sahaja boleh menang tetapi jika kita didik pemain dengan bagus(atau) jika dididik menjadi liar (tidak berkualiti), jadi liarlah mereka,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...