TERKINI :

Tuesday, December 15, 2015

Antara Kisah NAJIB & MENTERI dengan ALI BABA & 40 PENYAMUN



Perdana Menteri tidak ubah seperti 'ketua penyamun'

Andai ditanya siapa yang tidak pernah menonton filem arahan Allayarham P. Ramlee yang bertajuk Ali Baba Bujang Lapok (ABBL) pasti jawapannya majoriti dari kita membesar dengan filem tersebut. Didalam filem tersebut kita dapat melihat empat watak penting iaitu Ali Baba, Kasim Baba, Marjina dan Ketua Penyamun. ABBL adalah antara filem dimana P. Ramlee tidak menjadi hero tetapi memainkan watak antagonis komedi.

Pada permulaan filem ABBL kita dapat saksikan bagaimana Ali Baba merupakan orang yang miskin sering dihina oleh abangnya Kasim Baba. Sehingga suatu hari Ali Baba telah ke hutan dan terjumpa dengan seorang ketua penyamun. Ali Baba telah menggunakan helah bagi mendapatkan harta rompakan milik ketua penyamun terbabit. Sejurus dari itu Ali Baba mula dikenali sebagai orang kaya.

Kasim Baba yang pada mulanya iri hati dengan kekayaan Ali Baba berjaya mengetahui rahsia dari mana datangnya harta tersebut. Tanpa menghiraukan nasihat dari adiknya Ali Baba, Kasim Baba terus menuju ke kawasan harta itu disembunyikan. Malangnya dia telah dibunuh akibat kelekaan dan ketamakkan ketika sedang memunggah semua harta tersebut keatas kenderaannya.

Pada suatu hari, ketua penyamun telah mengambil keputusan untuk membunuh Ali Baba. Stratergi ketua penyamun dengan memasukkan 40 orang penyamun ke dalam tong minyak pada awalnya dilihat bijak. Ketua penyamun yang menyamar sebagai saudagar minyak meminta pertolongan kepada Ali Baba untuk tumpang bermalam dirumahnya. Dia juga berhasrat menumpangkan 40 tong minyak yang sebenarnya berisi penyamun. Sedangkan tujuannya semata-mata mahu merompak dan membunuh Ali Baba dan keluarganya.

Namun helahnya dapat dihidu oleh Marjina (hamba Kasim Baba). Kesemua penyamun dan ketuanya dapat dibunuh hanya dalam satu malam. Jika diamati sepanjang filem ABBL, sebenarnya Marjina selayaknya diangkat sebagai wira dalam filem ini. Dengan mengambil keputusan membunuh ketua penyamun dan pengikutnya dia bukan sahaja menyelamatkan dirinya dari dibunuh, malah Marjina juga telah menyelamatkan keluarga tuannya.

Jika dapat kita kaitkan dengan apa yang berlaku hari ini dengan filem ABBL, ketua penyamun itu tidak ubah seperti seorang Perdana Menteri dari sebuah negara. Beliau terus merompak dan mencuri harta rakyatnya tanpa rasa puas dan malu. 40 penyamun didalam tong minyak itu boleh juga kita andaikan seperti menteri-menteri yang ada bersama kabinet yang diterajui perdana menteri tersebut. Tindakan serta panduan bodoh menteri-menteri tersebut akhirnya akan menjanjikan kejatuhan pimpinan perdana menteri negara yang dimaksudkan.

Marjina pula mewakili watak rakyat. Walau rakyat itu dianggap segmen terbawah yang jelas dibezakan dengan kelompok elit, namun rakyat merupakan kumpulan yang realitinya merasakan kesusahan dalam perjalanan hidup dinegara tersebut. Tapi perlu juga diambil perhatian kerana pada tangan rakyat ada kuasa dan kebijaksanaan yang mampu menjatuhkan kerajaan yang tidak puas merompak hasil mahsul milik rakyat terbanyak.

Jika Marjina mampu membunuh 40 orang penyamun dan ketuanya dalam satu malam, mengapa rakyat negara tersebut tidak berani menjatuhkan perdana menteri dan menteri kabinetnya dalam satu pilihanraya? Jangan kita ambil sikap seperti Ali Baba yang cepat dan mudah terpedaya dengan ketua penyamun yang disangka baik hingga mengundang bahaya kepada dia dan keluarganya.

Akhirnya, ada sesuatu yang mungkin bermain dalam benak dan fikiran ramai orang, adakah ketua penyamun dalam filem ABBL juga turut mempunyai isteri yang sentiasa memandu keputusan suaminya untuk menyamun?

Muhammad Syafiq Azmi
SUMBER : KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...