TERKINI :

Monday, December 7, 2015

AMK Selangor mahu ‘payung’ Noh Omar makan di restoran mamak


Adam Abu Bakar

Zainol-Abidin_akm_600
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed berbesar hati mempelawa Datuk Seri Noh Omar makan di mana-mana restoran mamak.

Ia bagi membuktikan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Tanjong Karang itu silap bahawa restoran mamak juga dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

“Berikutan dakwaan bahawa harga makanan dan minuman tidak dikenakan GST, AMK Selangor berbesar hati untuk belanja Noh Omar.

“Ia bagi membuktikan bahawa restoran mamak juga dikenakan GST,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau lagi, Noh boleh menetapkan tarikh dan masa untuk bersama-sama ke restoran mamak.

“AMK Selangor akan ‘payung’ rombongan Datuk Seri di restoran mamak nanti,” ujarnya lagi.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor dalam satu forum bersama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa restoran mamak tidak dikenakan GST.

“Yang berhormat mungkinlah kot, nak makan hotel besar-besar mungkin lah kena GST, kalau setakat makan dekat kedai mamak mana kena GST,” kata Noh kepada Rafizi.

Kenyataan yang dibuat Noh itu menyebabkan Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu lalu menjadi kecoh.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...