TERKINI :

Monday, December 28, 2015

Amanah Perak kesal difitnah dikatakan turut menyokong kemasukan atlet Israel ke negara ini.


IPOH - Amanah Perak kesal dengan tindakan pihak tertentu menerbitkan poster mengaitkan parti itu dengan DAP Perak.

Menerusi poster berkenaan yang kini tersebar di laman sosial, parti itu dikatakan turut menyokong kemasukan atlet luncur angin Israel ke negara ini.

Setiausahanya, Salman Saleh berkata, pihaknya kecewa dengan dakwaan berkenaan yang memburukkan imej Amanah Perak.

Menurutnya, poster yang turut memaparkan gambar Pengerusi Amanah Negeri, Asmuni Awi serta logo parti itu turut dikongsi di laman Facebook rasmi sebuah parti politik lain dan mendorong lebih ramai orang mempercayainya.
PAGE RASMI DEWAN PEMUDA PAS PUN BOLEH TERLIBAT SAMA MEMYEBARKANNYA

“Kami sangat kecewa dengan sebaran tersebut dan ia telah mencemar nama baik Amanah dan reputasi Asmuni sendiri.

“Kenyataan kononnya kami menyokong keterlibatan Israel adalah satu tindakan melampau dan mempunyai agenda memburukkan imej parti yang baru bertapak,” katanya.

Salman berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu serta pihak yang terlibat menyebarkan poster palsu.

Katanya, pihak terbabit digesa memohon maaf dan menarik balik poster berkenaan dari laman sosial jika tidak mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.

Beliau berkata, Amanah menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenakan sekatan terhadap atlet Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.

“Kami secara tegas sangat kecewa kenyataan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

“Kami menyambut baik penegasan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menyatakan kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu. DAP Perak berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Namun, kami tetap akan meminta DAP Perak memberikan penjelasan dalam mesyuarat Pakatan Harapan yang akan datang," katanya.

Salman berkata, pimpinan DAP khususnya di Perak dinasihatkan supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...