TERKINI :

Tuesday, December 15, 2015

Agong hilang kuasa terhadap tentera jika RUU MKN lulus, kata aktivis


Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menyerahkan memo kepada wakil Dewan Negara, Senator Siti Aishah Shaik Ismail (tudung biru) di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dilaksanakan kerana banyak peruntukan bertentangan dengan Perlembagaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 15 Disember, 2015.“Kita temui isu baharu yang berkaitan ketenteraan – perundangan itu mengabaikan rantaian arahan secara keseluruhan berkaitan dengan tentera.

“Mengikut Artikel 41, anda akan lihat Yang di-Pertuan Agong memberi arahan kepada tentera.

“Kuasa itu kini diabaikan oleh RUU itu,” kata Ambiga yang juga jurucakap kempen #TakNakDiktator menentang RUU itu.

Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada senator Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong ialah komander kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Di bawah RUU MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat, perdana menteri yang mengetuai majlis boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan dan membenarkan tangkapan, pencarian dan penggeledahan dibuat di kawasan berkenaan tanpa waran. – 15 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/agong-hilang-kuasa-terhadap-tentera-jika-ruu-mkn-lulus-kata-aktivis#sthash.2P0zvaXB.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...