TERKINI :

Thursday, December 24, 2015

Adakah PKR pengkhianat? – Mohd Zuhdi

Adam Abu Bakar | December 23, 2015

Kenyataan Wan Azizah berhubung rundingan pengagihan kerusi PRN Sarawak membayangkan PKR tidak setia kepada tahaluf siyasi

dr,wan-azizah

PETALING JAYA: Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan rundingan pengagihan kerusi di Sarawak hanya akan dilakukan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan parti itu bersedia mengkhianati kerjasama politik dengan PAS.

“Apabila keluar kenyataan seperti ini, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pendekatan seperti itu akan digunakan iaitu PAS tidak boleh bertanding di banyak kerusi, hanya di Kelantan, dan kubu PAS di kawasan Melayu.

“Kalau ini berlaku, ia satu bentuk ketidaksetiaan, pengkhianatan kepada hubungan tahaluf siyasi PAS dan PKR,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kepada FMT ketika dihubungi pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Zuhdi turut mempersoalkan adakah PKR juga akan membelakangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Selangor.

“Saya nampak kepentingan yang paling besar (bagi) PKR adalah di Selangor. Kemungkinan dan persoalan apakah bila sesi penggal pemerintahan kerajaan Selangor berakhir iaitu pada PRU akan datang, PAS sudah tidak ada kepentingan buat PKR.

“Adakah PKR akan ambil pendekatan yang sama seperti di Sarawak? Nanti, PKR akan kata PAS tidak layak dapat kerusi di Selangor,” ujarnya.

Kenyataan Wan Azizah pada Isnin menepis pembabitan Pas dalam persiapan pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Menjawab pertanyaan FMT, Wan Azizah berkata isu pengagihan kerusi hanya dibincangkan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana PAS kurang mendapat sambutan di negeri itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...