TERKINI :

Saturday, November 7, 2015

Zahid perhati undi BN satu satu

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada anggota parlimen BN agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.

Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.

Katanya beliau tahu siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.

"Saya tahu anggota parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana anggota parlimen (134 anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di Kuala Terengganu, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1MDB, dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli UMNO perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...