TERKINI :

Friday, November 20, 2015

YAPEIM dok pie perabih duit belah AUSTRALIA la pulak..!!!

NOW: Dana Yapeim biayai tiket bisnes ke Australia


Setelah Amerika Syarikat dan Perancis, NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) turut menganjurkan program di Australia.

Pengarah NOW, Akmal Nasir pada sidang media mendakwa program itu menelan perbelanjaan RM218,505 tetapi hampir satu pertiga daripada kosnya adalah bagi membiayai beberapa peserta yang menaiki penerbangan kelas bisnes ke Australia.

Beliau turut mengemukakan salinan dokumen yang diterimanya mengenai wang Yapeim yang digunakan untuk program yang diadakan di Brisbane, Sydney dan Melbourne.

Program bernama "Promoting Islamis: Values In Multi Culture and Religion: Future and Challenges" itu berlangsung pada 16 Apriil sehingga 26 Apriil 2014.

Mengikut Akmal, jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai 50 sehingga 70 orang yang dikatakan terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Katanya, tambang penerbangan kelas bisnes yang berjumlah RM70,000 adalah perbelanjaan paling mahal.

"Apakah keperluan menaiki penerbangan kelas bisnes dan siapakah mereka yang menaiki penerbangan kelas bisnes?" soal Akmal.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...