TERKINI :

Friday, November 13, 2015

Wabak "Husam" Sedang Melanda PAS

Che Ibrahim Mohamed


Selepas banjir besar melanda Kelantan pd penghujung tahun 2014 yg telah memusnahkan banyak harta benda dan kemudahan awan, namun alhamdulillah tidak ada jiwa yg menjadi mangsa, nampaknya dipenghujung tahun 2015 ini Kelantan bakal ditimpa musibah lagi yg kesannya barangkali boleh menghanyutkan sebuah negeri.

Fenomena Husam yg mula bertiup di Kelantan skrg telah bertukar menjadi wabak, hampir semua golongan dari semua peringkat masyarakat telah terkesan dgn wabak ini, bahkan ada yg sudah menggila kerananya. Saya meramalkan wabak ini sudah sukar dibendung, bahkan kesannya dibimbangi melebihi musibah banjir besar sehingga boleh membawa kpd kecederaan dan kehilangan nyawa.

Wabak ini hanya boleh dikawal sedikit barangkali secara:

1. Sbg Adun Salor, Kerajaan Kelantan hendaklah menyaman Husam kerana mendedahkan rahsia kerajaan kpd umum atau telah menfitnah kerajaan yg Husam adalah sebahagian drpnya, jika kerajaan gagal atau tidak berbuat sedemikian, maka segala apa yg dibangkit oleh Husam adalah betul.


2. Sebagai ahli Pas, partinya hendaklah memecat Husam kerana telah menimbulkan mudharat yg besar kpd parti, jika pas tidak memecat Husam, maka Pas akan ditubuh sbg Parti yg tidak ada prinsip, dok dalam pun marah, tubik pun kena sumpah, tp nak bertindak pecat tak berani.

Namun jika tindakan ini dibuat, dibimbangi ianya boleh menyebabkan penyakit2 lain yg lebih ditakuti oleh pemimpin pas kelantan terutama Amanah.

Wabak ini akan menjadi semakin parah sekiranya Husam bertindak sehingga mengisytiharkan hilang keyakinan kpd Menteri Besar dan Exconya. Dgn kedudukan Pas yg menguasai majoriti Dewan sebanyak 32 kerusi, jika 10 drp Adun Pas termasuk Husam membuat satu deklarasi tidak lagi menyokong Ahmad Yakob sbg MB, kedudukan kerajaan kelantan akan goyah dan boleh tumbang kecuali 12 adun BN tolong tongkat.

Husam dan 9 Adun lain boleh memilih kekal dlm Pas kerana mereka tahu Pas tidak akan memecat mereka kerana tindakan pecat akan menyebabkan adun Pas bebas drp " Baiah Taklik", namun deklarasi mereka tidak menyokong Ust Ahmad Yakob sbg MB sudah cukup utk menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan hilang majoriti dlm DUN.

Jika ini berlaku, jumlah penguasaan kerusi dun akan jadi spt berikut;

ADUN Pas yg sokong - 22
ADUN Pas berkecuali - 10
PKR - 1
UMNO/BN - 12
Majoriti mudah 23






No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...