TERKINI :

Sunday, November 29, 2015

Umno dan BN tidak pernah ‘senazak’ ini

Perhimpunan agung Umno

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan BN dan Umno berada pada situasi amat kritikal pada ketika ini.

Menurutnya, keadaan itu tidak pernah berlaku sejak kewujudan Umno berpuluh tahun dahulu.

"Hari ini Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

"Umno dan BN tidak pernah senazak ini,"katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) berkata, berdasarkan situasi itu, tidak ada sebab bagi PKR dan Pakatan Harapan untuk tidak berjaya pada PRU14 akan datang.

Namun, katanya, rakan politik pembangkang seharusnya tidak berlawan sesama sendiri sekiranya benar ingin mencapai hasrat menumbangkan BN.

"Pesan orang tua-tua jangan jadi enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Sebaliknya kita kena bersatu.

"Sejarah politik tanah air menunjukkan walau sekuat mana parti politik, kalau berseorangan akan gagal wujud Kerajaan persekutuan," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...