TERKINI :

Monday, November 9, 2015

Tun Mahathir VS Najib - Selesaikan Secara ANAK JANTAN !


Kali ini saya ingin berkongsi pandangan Zaid Ibrahim ( KLiK ) susulan soal siasat Polis dengan Tun Mahathir. Kemungkinan besar siasatan Polis adalah berkaitan apa yang diucap oleh Tun semasa Bersih baru ni.

Saya setuju dengan pandangan Zaid -

From what I recall, Tun Mahathir did say something that could well be grounds for a civil claim, but why drag in the police? Najib Razak should just sue Tun Mahathir for slander, or civil defamation—that, at least, is how a man should behave. After all the issue is a simple straightforward one; did Najib take the money from 1MDB / SRC or not. Then did he pay off all those UMNO / BN leaders to keep them quiet , and continue to support him in power?
.
( terjemahan saya ) Apa yang saya ingat, Tun Mahathir ada berkata sesuatu yang boleh dijadikan asas untuk satu kes sivil, tapi kenapa perlu diheret pihak Polis ? Najib sepatutnya saman saja Tun Mahathir atas tuduhan fitnah, sebagaimana seorang JANTAN harus bertindak.

Isunya mudah saja, adakah Najib terima wang dari 1MDB/SRC atau tidak. Adakah Najib bayar pemimpin2 Umno/BN untuk menutup mulut mereka dan supaya mereka terus menyokong beliau kekal berkuasa ? 

Pendek kata - Isu adalah isu PERIBADI antara Najib dengan Tun Mahathir. Tidak perlu dilibatkan pihak Polis atau mana2 pihak berkuasa atau parti atau kerajaan ... 
Saya sering mengikuti program2 Tun Mahathir dalam sejak akhir2 ni bermula dari program pertemuan Tun dengan bloggers diikuti siri Bicara Negarawan dan saya kongsikan pengalaman itu bersama anda melalui video2 yang saya rakamkan. 

Masalah Tun Mahathir adalah dengan Najib yang beliau sifatkan sebagai sudah tidak layak lagi untuk terus memegang jawatan PM. Dan isu besar yang dijadikan sandaran Tun adalah isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Pada saya, motif Tun Mahathir yang paling utama adalah beliau tidak mahu lihat Umno BN tewas pada PRU14 jika Najib terus di atas. Tun Mahathir tidak menyerang pun parti Umno maupun kerajaan.

Yes, very the straightforward one ! Tun Mahathir VS Najib. 

Tun Mahathir sudah jual ..... berkali2 beliau jual ....Makanya jalan terbaik dan GENTLEMAN / JANTAN adalah dengan Najib pula beli. Berdepan dengan orang tua nyanyuk berumur 90 tahun itu !

Dari awal lagi itulah pantun yang dijual oleh Tun Mahathir. Kalau dari awal lagi disambut oleh Najib, kemungkinan besar segala kemelut yang berlaku kini dapat dielakkan.

Isu 1MDB dibangkitkan kerana Najib bertanggungjawab sepenuhnya diatas 1MDB. 1MDB ada PM, Menteri Kewangan, Lembaga Penasihat dan Lembaga Pengarah ..... iaitu 4 tapisan sebelum sebarang keputusan besar diluluskan. Itu tujuannya diwujudkan lapisan2 itu supaya setiap keputusan akan dikaji dan setelah melepasi kesemua peringkat itu, barulah ia dilaksanakan.Umpama menapis air dari sungai ..... kalau sudah beberapa kali ditapis, hasilnya pasti air yang bersih.

Dan Najib dengan rela mahu memikul 3 tapisan tertinggi itu secara peribadi melalui jawatan2 yang beliau sandang.

Don't tell me yang Najib tidak boleh jawab apapun isu mengenai 1MDB ! Najib adalah orang yang paling layak untuk menjawab isu 1MDB dan Najib jugalah orang yang paling tepat jika perlu diajak berdebat mengenai isu 1MDB kerana Najib terlibat dari awal hingga kini dalam 1MDB.

Jawatan dan kuasa  .... NAK, tapi tanggungjawab ...... TAK NAK ? Apa barang ? ? ?

1MDB adalah baby Najib, makanya Tun Mahathir kaitkan tanggungjawab isu2 1MDB kepada Najib. 

Bermula dengan pertanyaan secara tertutup tapi bila tidak dilayan, makanya Tun Mahathir bawa persoalan2 itu kepada umum. Persoalan2 itu pula bukannya rahsia pun, sememangnya sudah dimainkan oleh pembangkang lebih awal lagi dan didedahkan oleh media.

Bila ditanya, Najib tak mahu jawab secara jelas malah dialihkan tumpuan rakyat kepada masalah2 lain yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sepertimana yang disaksikan melalui rancangan Soal Jawab.

Bila Tun menjengah program Nothing To Hide yang kononnya Najib mahu mendedahkan segalanya mengenai 1MDB dan menjawab apajua soalan hadirin, Najib pula lari ...... siapa tak geram !

RM2.6 bilion - Salahkah kalau ada orang yang tidak dapat menerima alasan Derma Dari Pak Arab seperti yang diberikan oleh Najib ? Bukan Tun Mahathir sorang jer yang tidak dapat terima alasan sedangkal itu, ramai lagi rakyat yang berasa payah untuk menelannya malahan majoriti rakyat dunia juga tidak dapat terima!

Isu RM2.6 bilion ini 100% adalah isu peribadi Najib dan hanya Najib saja yang mampu jawab. Ada Najib tampil menjawap ?


Nah .... kedua2 isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir ditujukan kepada Najib. Sebarang dakwaan dari Tun Mahathir juga ditujukan kepada Najib.

Makanya, Najiblah yang seharusnya berdepan dengan Tun Mahathir bukannya menyorok di belakang Umno atau kerajaan atau pihak berkuasa. 

Jika Najib merasakan dakwaan Tun Mahathir itu adalah berupa fitnah, jalan bermaruah adalah dengan menyaman Tun ! Buktikan apa yang didakwa oleh Tun itu semuanya tidak benar dan saman Tun setimpal dengan kemaluan besar yang ditanggung ekoran dakwaan itu.

Ini dalam Malaysia. Semua orang kenal Najib. Semua orang kenal Tun Mahathir, Katanya Tun KAYA !  So samanlah Tun Mahathir. ( merujuk kepada alasan untuk tidak menyaman WSJ, kononnya tidak berbaloi sebab wang pampasan saman malu sedikit kerana Najib tidak dikenali di Amerika )

Selesaikan secara ANAK JANTAN !

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...