TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

TPM suruh tangkap "BARUA" tu, tapi IGP kata biarkan 'BERUK' itu


Alvin Tan terus mencetuskan kontroversi demi kontroversi dan posting terbarunya dianggap keterlaluan dan melampaui batasan agama dan budaya negara ini.

Penulis blog yang melarikan diri di Amerika Syarikat itu, baru-baru ini menghina Islam dengan memuat naik gambar dengan tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya sambil membuang air besar dan membaca al-Quran.

Berikutan kemarahan dan aduan orang ramai, Facebook telah menutup akaunnya,

Ada yang mendakwa telatah itu adalah satu percubaannya untuk mendapatkan suaka politik berdasarkan maklum balas negatif dan ancaman ke atas dirinya.

Bagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai untuk tidak terus menviralkan perbuatan Tan.

"Biarkan beruk itu, jangan dilayan. Makin dilayan, makin menjadi. Itu yang dia mahukan, publisiti," katanya yang dipetik oleh Astro Awani.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis yang sama mengarahkan Khalid untuk mengambil tindakan terhadap Tan.

Katanya, tindakan berkenaan sangat biadab dan perlu diberikan pengajaran setimpal.

"Saya minta Polis DiRaja Malaysia lakukan apa sahaja tindakan yang wajar untuk membawa dia (Tan) ke muka pengadilan.

"Mungkin dia fikir dia boleh buat sesuka hati apabila berada di luar negara. Undang-undang negara mungkin dia rasa dia boleh elak, tapi tatasusila perlu dihormati," kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian pada Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks KDN, Putrajaya, hari ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...