TERKINI :

Sunday, November 1, 2015

Tolak bajet 'tanggungjawab moral', kata PKR pada PAS

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti Islam itu tidak akan menolak Bajet 2016.

"Saya harap PAS akan mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak menolak bajet itu.

"Saya takut keputusan tidak menolak bajet oleh mana-mana anggota parlimen pembangkang daripada mana-mana parti memberikan kedudukan yang tidak baik pada hati nurani dan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi berkata ini kerana bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "terburuk yang pernah berlaku".

Naib Presiden PKR itu juga berkata ia juga merupakan harapan takyat untuk melihat Najib disingkirkan daripada perjabatnya.

"Empat daripada lima orang tidak gembira dengannya," katanya.

"Oleh itu, saya rasa tiada ada apa yang tinggal yang baik tentang pentadbirannya yang menjamin pendekatan dua parti.

"Hakikatnya, saya fikir ia adalah tanggungjawab moral setiap ahli Parlimen untuk mengundi menolak bajet untuk menyingkirkan Najib," katanya.

Sinar Harian hari ini melaporkan Hadi berkata keputusan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.

"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.

“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...