TERKINI :

Friday, November 6, 2015

'Tidak komen mengenai UMNO, bukan makna saya takut' - Musa Hitam

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUSA_HITAM_INTERVIEW_260814_TMINAJJUA_06.JPG
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menegaskan beliau tidak pernah takut untuk memberi komen mengenai isu membabitkan parti itu.

Malah, beliau sentiasa bersedia memberi pendapat mengenainya jika ia sesuai dengan masa dan keadaan tertentu.

"Tidak boleh (tanya mengenai UMNO). Saya ingin terangkan di sini... orang fikir saya takut, tetapi saya tidak takut. Saya hari ini tidak mahu 'spoil' WIEF," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di sini, hari ini.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tujuh pemimpin UMNO sedang dalam pemerhatian parti itu.

"Cakap sikit-sikit ke banyak ke, tidak boleh (komen politik).

"Saya sudah cakap tiada (soalan) politik semasa WIEF terutamanya. Ia berikutan saya risau kalau alih-alih ada yang cakap saya pemimpin peringkat dunia tidak fokus apa yang diceritakan (dalam forum itu)," jelas Bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Tengku Adnan menegaskan, tujuh individu dalam UMNO sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak patut dibuat di khalayak.

Tindakan terhadap pemimpin berkenaan akan diputuskan selepas proses siasatan selesai.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...