TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

Tengku Razaleigh sokong Bajet 2016, tetapi...


Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Bajet 2016.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada beliau menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemimpin veteran Umno itu enggan berterus terang.

"Tidak, ini bermakna kita menyokong program kerajaan untuk tahun (akan datang) seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga adalah Perdana Menteri," kata Tengku Razaleigh.

Beliau bagaimanapun membisu apabila diasak lanjut mengenai apa yang dimaksudkannya itu.

"Mengapa soalan-soalan ini? Terpulanglah kepada anda, okay?" kata Tengku Razaleigh kepada pemberita di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, ahli parlimen Gua Musang itu sebelum ini pernah berkata undi bajet semalam menunjukkan bahawa Najib masih mempunyai sokongan kuat di kalangan wakil rakyat BN.

Bajet 2016 melepasi peringkat dasar malam semalam selepas undi blok menyaksikan 128 undi memihak manakala 74 lagi menentangnya.

Semua ahli parlimen BN yang hadir, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengundi menyokong bajet itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Tengku Razaleigh dan Muhyiddin adalah antara tujuh pemimpin Umno yang sedang dipantau untuk tindakan disiplin kerana lantang membidas parti.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...