TERKINI :

Friday, November 6, 2015

Tarik lebih ramai orang sokong PAS

SETELAH berdekad-dekad lama kewujudannya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetap kuat walaupun pelbagai dugaan dihadapi. Kenapa perlu PAS lalui semua ujian ini? Kerana PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan agama Islam dulu, kini dan selamanya. Perjuangan ini perlu diteruskan hingga ke akhir hayat. Jangan kerana pengaruh luar kita pun terjebak.
Dalam PAS terdapat golongan ulama dan profesional. PAS mempunyai ramai pengikut dan ahli tetapi PAS perlukan lebih ramai ketua. Maksud ketua di sini adalah seseorang yang berani dan cekap dalam semua isu. Dan sikap ini perlu adalah dalam diri setiap penyokong PAS.

Maklumat yang benar perlu disampaikan kepada umum. Penyokong tak boleh harapkan orang yang ada jawatan saja untuk bersuara tetapi kita juga perlu bersuara agar yang tidak dengar akan dengar terutamanya golongan atas pagar.

Rakyat sudah mula bosan dengan permainan Umno selama ini. Ramai anak muda beralih kepada pembangkang. Pelbagai isu penting sedang terjadi di negara kita. Rakyat didahulukan untuk kepentingan kroni. Rakyat diperah dari hari ke hari.

Lepas ini masalah akan timbul kerana negara kita Malaysia bakal dijajah oleh Amerika Syarikat.

Ramai rakyat mahukan PAS untuk memerintah tetapi masih ramai juga yang tidak mahu dekat pada PAS kerana takut.

Kerana mereka telah dihadamkan dengan sifat negatif terhadap PAS.

Ahli patut pertahankan parti bukan hanya tengok dan biarkan yang berjawatan melaksanakan tanggungjawab. Perlu saling tolong menolong pasti akan berjaya.

PAS perlu membuka “booth” untuk menarik lebih ramai ahli baru.

Bukan untuk menunjuk pada musuh berapa ramai ahli kita tetapi kita perlukan lebih ramai pelapis dari pelbagai sudut. Kad ahli juga perlu disiapkan secepat mungkin. Kerana ahli baru mahukan kad keahlian PAS kerana bangga dengan prinsip parti.

Biarkanlah orang mahu cakap apa. Islam ada ALLAH. Serta perjuangan Islam adalah suci. Ramai yang tidak mempunyai kerja sekarang serta susah mahu mendapat kerja.

Nak berniaga perlukan modal dan sukar untuk mendapatkan bantuan. Isu warga asing adalah yang membuat rakyat Malaysia menganggur.

Bukan mahu memilih kerja tapi itu realitinya. Warga asing diberikan hostel percuma. Bukan semua rakyat Malaysia dapat. AJAK

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...