TERKINI :

Monday, November 23, 2015

Takut didera kerajaan, tiada dewan sedia terima Mahathir

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berdepan dengan masalah mendapatkan dewan di mana beliau boleh berucap kepada hadirinnya.

Bagaimanapun, keadaan berbeza sekarang, sejak beliau lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Mahathir, dewan di mana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh beliau tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan.

“Saya tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan.

“Tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulut saya, untuk menyekat saya dari berjumpa dengan ahli Umno, bahkan orang ramai,” kata beliau dalam blog terbarunya.

Menurutnya, berlaku sekarang, iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik kerajaan.

“Ia seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis. Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini negara demokrasi.

“Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun. Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah kerajaan sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, bermacam jenis tekanan digunakan kerajaan yang tidak demokratik untuk menekan mereka yang menentangnya.

Ini termasuk berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak membayar cukai dan tidak kurang juga yang disoal siasat oleh polis.

“Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dan lain-lain.

“Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan 2.6 billion ringgit dibincang?” soalnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...