TERKINI :

Saturday, November 21, 2015

Takan MB & EXCO terbabit boleh terima pembaziran sampai RM9.7 juta hanya untuk pintu gerbang Kota Darul Ehsan...!!

Azmin Perlu Jawab Pembaziran Wang RM9.7 Juta - Chegubard

 
KUALA LUMPUR 20 Nov - Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengkritik kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan memperuntukkan RM9.7 juta untuk ‘mencantikan’ pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Beliau yang mengisytiharkan ahli PKR seumur hidup berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukan sejumlah besar wang hanya untuk menaik taraf pintu gerbang.

Katanya, selama ini pembangkang mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional namun pendedahan RM9.7 juta diperuntuk untuk pintu gerbang itu amat mengejutkan.

“Saya tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender kepada syarikat yang mengguna istilah arab tersebut atau bagaimana sumber bajet , tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang?, katanya menerusi kenyataan media.

Chegubard yang diketahui tidak sehaluan dengan Azmin berkata, Menteri Besar dan Exco dari Pas, Zaidi Abdul Talib yang bertanggungjawab perlu tampil memberi penjelasan berhubung laporan itu.

“Saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata – mata sebab bukan sahaja penyokong biasa kecewa, malah saya ahli seumur hidup PKR juga kecewa,” katanya.

Dia berkata, laporan terbaharu itu menambahkan kontroversi Azmin selepas itu penubuhan syarikat RM2 untuk menjaga aset Selangor, isu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang dikatakan belum beroperasi tetapi telah memohon pinjaman bank, kegagalan menghalang kenaikan tol menerusi anak syarikat yang memiliki kepentingan dalam syarikat konsesi tol dan kelulusan pembinaan lebuh raya bertol.

“Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu porpular dalam memberi harapan kepada rakyat., mohon untuk bertindak segera,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...